Jumaat, 19 April 2013

Cara Menghasilkan Polyfloor cut

 
Permulaan bagi menghasilkan P.Making Polyfloorcut,adalah menyediakan sketches(lakaran) terlebih dahulu sebelum mmulakan ukiran pada polyfloor.Lakaran perlulah di fotostet dan dilekatkan pada polyfloor menggunakan Turpentine.

 
Memulakan ukiran dengan membuang bahagian yang memiliki warna yang cerah terlebih dahulu.Kemudian,memasukkan dakwat menggunakan roller dan meletakkan kertas diatas papan penanda untuk dicetak dan imej akan terhasil diatas helaian kertas lapisan demi lapisan yang diukir.

 
Selesai sahaja mengelek dakwat,polyfloor dan cermin dibersihkan menggunakan turpentine agar dakwat tidak melekat ke atas roller dan menyebabkan Roller menjadi rosak.

 
Antara bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Polyfloor cut ini adalah,carving tool,pallete knives,roller,senduk,cermin,papan penanda,kain buruk,dakwat,turpentine,masking tape,paku dan transparent plastic.

 
Lapisan demi lapisan yang telah dimasukkan dakwat perlulah disidai supaya dakwat pada kertas dapat kering dengan cepat supaya proses memasukkan dakwat seterusnya dapat dijalankan.

 
penggunaan teknik campuran digunakan iaitu,pada latarbelakang ikan ini menggunakan media sutera saring dan ikan mas Ryukin ini menggunakan media Polyfloor cut.

 
akhir sekali artwork dimasukkan kedalam frame. 
Alhamdullilah,artwork yang bertajuk,'My Ryukin' telah dipilih oleh Jabatan Seni Lukis & Seni Reka.Segala usaha saya,yang bertungkus lumus menyiapkan artwork ini telah membuahkan hasil.Sekian.Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saya di alamat e-mail berikut:amnieyhazwaniey@gmail.com